Pembangunan Industri Pengeluaran Madu Kelulut Negara 2021

Jom! comments

Program Agriprintice Industri Pengeluaran Madu Kelulut Negara 2021 .

LPP Johor mengambil insentif bekerjasama dengan NGO Kelulut JOHOR ( JBEES) membangunkan JOHOR HUB MADU KELULUT SELATAN dengan menwujudkan 5 Usahawan TERAS kepada penghasilan Madu Kelulut .

Projek pioneer ini akan di susun maklumat serta risiko dibawah pemantauan bersama MENTORING SYSTEM SPP JBEES oleh Tuan Hazrulnizam Bin Abu Bakar Presiden JBEES Merangkap Mentor projek AGRIPRINTICE MADU KELULUT MALAYSIA 2021.


4 Fokus pada projek besar Kali ini ,


📌 Program mentoring secara terus KEPADA 5 Peserta Usahawan Agriprintice Madu Kelulut .

📌 Penilaian Kadar keberhasilan yang melepasi piawaian standard PELADANGAN SPP JBEES 

📌 Menerokai peluang pengurusan PELADANGAN sistematik & terurus dibawah kawalan RISIKO & keuntungan maksima 

📌 Membuka peluang PEMASARAN tanggungjawab bersama mentor Dan mentee .



DAFTAR KURSUS JBEES 2020

Jom! comments

 KLIK JOIN
 BOLEH JOIN GROUP WASAP INFORMASI KURSUS JBEES 2020 . 

WASAP GROUP JBEES : 

KLIK : https://chat.whatsapp.com/KKm3v7pUb3QD5B5YhfMLqe


SILA BERIKAN :

NAMA : 
MYKAD :
NO TELEFON :
DAERAH :
 
Data untuk kami membuat SIJIL KURSUS >
Pegawai Bertugas :
En Kamarulzaman
http://www.wasap.my/60127145353

EKSPEDISI KELULUT GUNUNG PULAI 31 DAN 31 MAC 2019

Jom! comments

Ekspedisi Kelulut Gunung Pulai



KULAI - Sebanyak lima spesis kelulut berjaya ditemui menerusi Ekspedisi Kelulut Gunung Pulai anjuran Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor dan Universiti Malaysia Terengganu ( UMT).
Ketua Ekspedisi yang juga Dekan Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan UMT, Prof Madya Dr Shamsul Bahri Abd Razak berkata, spesis berkenaan merupakan kelulut liar menjadikan bunga hutan, pokok dan daun sebagai habitat.
Katanya, penemuan spesis kelulut itu menjadi bukti kawasan Gunung Pulai yang dikelilingi daerah yang pesat membangun seperti Johor Bahru dan Kulai, masih menjadi tempat pembiakan bagi lebah kelulut.
“Penemuan spesis lebah kelulut itu cukup berharga khususnya kepada industri penternakan kelulut di negeri Johor,”katanya.
Jelasnya, ekspedisi kelulut itu merupakan program utama penyelidik kelulut UMT.
“Ekspedisi ini sudah menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
“Kali ini, kita bersama JBESS menjalankan ekspedisi ke Gunung Pulai bagi mencari spesis kelulut di kawasan ini dan seterusnya membuat pemetaan kelulut di sini,”katanya.

2,800 penternak kelulut di Johor

Presiden Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor (JBESS), Hazrulnizam Abu Bakar berkata, mengikut rekod Jabatan Pertanian terdapat 2,800 penternak kelulut di negeri ini.

Daripada jumlah itu, 600 orang menjadi ahli JBEES yang ditubuhkan empat tahun lalu sebagai pemangkin industri kelulut yang kini menjana kekayaan baharu buat negara.
Hazrulnizam berkata, selain mencari spesis kelulut di kawasan Gunung Pulai, ekspedisi yang disertai 40 penternak kelulut dari seluruh negara itu bertujuan membentuk hubungan lebih kukuh antara JBEES dengan penternak kelulut.
Peserta Ekspedisi Kelulut Gunung Pulai.
 Peserta Ekspedisi Kelulut Gunung Pulai.
“Kami daki Gunung Pulai bagi melihat sendiri spesis kelulut yang ada di kawasan ini.
“Pemetaan kawasan kelulut turut dilakukan supaya data mengenainya dapat disimpan dan dijadikan rujukan,” katanya.
Jelasnya, terdapat sekurang-kurangnya lima spesis kelulut yang mudah ditemui di negara ini.
“Kelulut heterotrigona itama merupakan spesis yang biasa ditemui di kawasan kebun dan kaki gunung. Sifatnya yang mudah diurus menjadi pilihan kepada penternak.
“Oleh itu, dengan ekspedisi ini akan lihat spesis kelulut ditemui itu dan seterusnya menjalankan kajian bagi melihat jenis kelulut yang sesuai untuk diternak,” katanya.

Elak penipuan

Hazrulnizam berkata, madu kelulut yang cukup berkhasiat sering dicari orang ramai.
Kesempatan itu digunakan bagi segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengaut untung dengan menipu menjual madu kelulut tiruan.
Jelasnya, penipuan madu kelulut cukup licik di mana ada yang mencampurkan madu kelulut dengan madu biasa, air gula melaka dan jus nanas.
Justeru, bagi mengelak penipuan madu kelulut, JBEES menyediakan satu platform bagi penternak kelulut memasarkan terus produk mereka kepada pengguna.
“JBEES menyediakan tiga kaedah mudah bagi pengguna mendapatkan madu kelulut asli dari penternak iaitu dengan berkunjung ke Pusat Rujukan Daerah JBEES di 10 daerah.
“Kedua, pengguna boleh melayari laman sesawang www.Usahawanmadukelulut.com dan akhirnya sekali menerusi media sosial JBEES,” katanya.
Menurut Hazrulnizam, pengguna akan bertemu sendiri dengan penternak kelulut yang berdaftar dengan persatuan bagi membolehkan mereka mendapatkan madu kelulut asli.
Hazrulnizam Bin Abu Bakar
Presiden Kelulut JBEES


Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara - IMKJ2030

Jom! comments



JOHOR BAHRU - Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030 yang dilancarkan hari ini merupakan antara usaha dilakukan kerajaan untuk mengangkat industri itu sebagai sumber pendapatan baharu yang mampan dan kukuh.

Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sehingga kini 717 usahawan terlibat dalam industri ternakan dan pengeluaran madu kelulut di seluruh negara, dan pelan itu dijangkakan dapat membantu golongan terbabit meraih pendapatan tinggi dengan melihat kepada pasaran antarabangsa.

Menurutnya, pelan dihasilkan dengan kerjasama pintar Jabatan Pertanian Malaysia bersama pakar daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Akademi Kelulut Malaysia (AKM) selain pemain industri.

“Kita (kerajaan) fokus kepada pembangunan industri kelulut negara di mana kita mempunyai pelan 2020 -2030 yang membuktikan betapa seriusnya kita untuk membantu pemain industri kerana kita melihat madu kelulut ini terbukti dari kajian saintifik memberi sumbangan kepada kesihatan.

“Oleh itu, ia memberi potensi dan peluang perniagaan yang begitu besar potensi kepada rakyat khususnya anak muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran pelan itu dan pensijilan MyGAP Pemeliharaan Lebah & Kelulut di Pentas Budaya & Senitani Plaza Angsana di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Salim Parlan serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Datuk Haslina Abdul Hamid.

Salahuddin berkata, industri kelulut menghasilkan sejumlah 133 metrik tan madu kelulut setahun, justeru untuk memastikan pemain-pemain industri mampu bersaing di uar negara, kerajaan juga memperkenalkan pensijilan myGAP (Amalan Pertanian Baik Malaysia) ke atas setiap produk yang dihasilkan golongan berkenaan.

“Bermakna setiap usahawan yang mahu mengeluarkan produk ini perlu mendapatkan pensijilan myGAP. Ini sangat penting dan paling asas untuk memastikan ‘food safety’ atau dalam kata lain memastikan setiap produk pertanian ini mematuhi standard piawaian dunia.

“Ia juga telah diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya yang memberitahu tempoh pemprosesan pensijilan adalah selama dua tahun setengah sebelum ini namun telah dipendekkan kepada tiga hingga lapan bulan ketika ini. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/59796/BERITA/Nasional/MOA-lancar-Pelan-Pembangunan-Industri-Kelulut-Negara-2020-2030
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Pensijilan MYGap Lebah Kelulut Negara 2019

Jom! comments





JOHOR BAHRU - Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030 adalah usaha dan kesungguhan Kementerian Perta-nian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi memajukan, menaik taraf dan memperkasakan industri perlebahan negara ke peringkat antarabangsa.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pelan itu merupakan dokumen yang dihasilkan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Akademi Kelulut Malaysia (AKM).

Menurutnya, industri kelulut berpotensi memberikan pulangan ekonomi sebanyak RM2.385 bilion setahun pada masa hadapan.

“Sebanyak 99 peratus daripada nilai tersebut disumbangkan oleh aktiviti pendebungaan kelulut dalam sektor pertanian, manakala madu kelulut menyumbang sebanyak RM19.27 juta daripada keseluruhan nilai ekonomi yang mampu dijana oleh industri tersebut.

“Oleh itu, penggiat industri dan pengguna di Malaysia diharap dapat membudayakan amalan pertanian baik ini sama ada dalam aspek pengurusan ladang dan pengeluaran produk mahupun sebagai pilihan produk dalam kalangan pengguna.

"Ia bagi memastikan rakyat Malaysia memperolehi sumber makanan yang dijamin berkualiti dan selamat dimakan,” katanya selepas melancarkan Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030 dan Pensijilan myGAP Pemeliharaan Lebah dan Kelulut di Angsana Johor Bahru Mall di sini semalam.

Salahuddin berkata, pelan pembangunan itu turut melibatkan pemain industri perlebahan yang turut menyumbang secara langsung dan tidak langsung.

Menurutnya, dokumen pelan yang dihasilkan bagi menyokong dan memulihara industri penternakan kelulut untuk jangka masa panjang.

“Ia bagi memastikan industri perlebahan tempatan tidak terpinggir dan dapat ditambah baik dari masa ke masa melalui pelbagai inisiatif yang bakal diketengahkan menerusi pendekatan penternakan kelulut.

“Kementerian mahu memastikan industri ini berada di landasan yang betul dan semua aspek industri kelulut dapat diberi perhatian, sekali gus kebajikan penternak dan usahawan lebah serta kelulut lebih terjamin pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Salahuddin berkata, pelancaran pelan pembangunan dan pensijilan myGAP membuktikan kementerian serius membantu pemain industri dalam bidang berkenaan.

Menurutnya, kajian yang dijalankan oleh UMT selama 10 tahun membuktikan kelulut memberi sumbangan kepada kesihatan.

“Hasil kajian sebelum ini membuktikan madu kelulut keluaran Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan mendapat permintaan tinggi di peringkat antarabangsa.

“Kementerian komited memperkukuhkan lagi bidang ini dengan melancarkan pensijilan myGAP pemeliharaan lebah dan kelulut dengan setiap usahawan yang mahu mengeluarkan produk ini digalakkan mendapatkan pensijilan myGAP terlebih dahulu,” katanya.

Katanya, kerajaan mengambil inisiatif memendekkan proses permohonan pensijlan myGAP bagi membantu usahawan terlibat.

Panduan ke arah penternakan lebih baik

Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030 dan Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) membantu memberi panduan kepada pengusaha lebah dan kelulut ke arah penternakan yang lebih baik.

Pengarah Urusan Kasih Hulu Langat Enterprise, Wan Ahmad Fuad Wan Ab Aziz, 60, berkata, dia percaya panduan yang disediakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu boleh dijadikan rujukan kepada pengusaha kelulut sepertinya.

Wan Ahmad Fuad berharap, pelan itu dapat menambah pengetahuannya mengenai prosedur operasi standard (SOP) ternak dan tuai menggunakan kaedah pengamalan yang terbaik.

Beliau yang mengusahakan produk jenama Kelulut Kasih berkata, dia mula bergiat aktif dalam bidang penternakan kelulut sejak tiga tahun lalu yang diusahakan di Batu 17, Dusun Tua Hulu Langat, Selangor.

Menurutnya, bermula dengan 30 sarang kelulut, kini kelulut yang diusahakan mencapai angka 170 sarang.

“Modal untuk memulakan penternakan itu tidak terlalu besar tetapi saya mula dengan jumlah sedikit dulu tanpa sebarang pengetahuan.

“Saya akui mengalami kerugian pada awalnya tetapi lama-kelamaan saya mula belajar. Saya berterima kasih kepada Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat yang beri sokongan bantuan geran sebanyak RM50,000,” katanya.

Hasil ketekunannya, Wan Ahmad Fuad kini mampu tersenyum apabila kelulut yang diternak mula mengeluar-kan hasil selepas enam bulan diusahakan.

Sementara itu, Dzulfakar Muhamad, 42, yang mengusahakan madu kelulut di bawah jenama MS Bee Alley atau Lembah Kelulut Malaya di Hutan Lipur Lenggeng sejak 2014 berkata, potensi bidang perusahaan madu kelulut amat besar.

Namun katanya, perlu ada pemahaman yang menyeluruh jika berminat menceburi bidang berkenaan.

“Mulakan dengan satu sarang terlebih dahulu, jangan terus bermula dalam kuantiti yang besar.

“Bila sudah faham bagaimana untuk kendalikan lebah, minat akan datang dengan sendiri,” katanya.

Menurutnya, selain fokus dengan perusahaannya itu, dia turut memberi tumpuan kepada biodiversiti khususnya usaha-usaha memastikan lebah tidak pupus.

Sementara itu, Hidayat Shafie, 31, yang mewakili Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor berkata, pihaknya giat mengadakan taklimat, latihan, pameran dan kelas percuma kepada pihak yang berminat mahu menceburi madu kelulut.

Katanya, modal permulaan sekitar RM400 sehingga RM500 untuk satu sarang dan perusahaan madu kelulut mampu memberikan pulangan hampir setiap bulan.

“Saya harap pasaran madu kelulut akan menjadi lebih baik. Orang ramai khususnya belia digalakkan menceburi perusahaan ini kerana potensinya yang luas,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/59856/BERITA/Nasional/MOA-perkasa-industri-lebah-negara
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf