Kursus Rancang Perniagaan JBEES Siri 1/2017

Jom! comments




Berita baik AHLI JBEES yang pernah Mengikuti Kursus Agensi MARDI, JABATAN PERTANIAN, KKLW

🍯 Bengkel RP utk Geran Kelulut :
==================
🏠Tempat : Kesang Laut, Muar.
Tarikh: 12 Mei 2017 (JUMAAT)
💰Bayaran: Lihat dibawah
🕰 Jam : 2.30 - 4.30 ptg.
🍯 Syarat: Umur 18-40 tahun.
Syarat-Syarat :
1. Mempunyai Sijil dari Mardi, Pertanian dll agensi diiktiraf Kementerian.
2. salinan geran , sekiranya geran org lain.
3. Sertakan skali surat kebenaran guna tanah,
4. gambar berukuran pasport,
5. salinan ic pemohon
💻 Sila bawa Laptop sendiri ( WAJIB)
🖨 Printer Dan borang Dari Jabatan Pertanian disediakan Ust Firdaus.
💘Target : Geran Kelulut (Anggaran Ribuan RM)
Daftar kepada Pegawai Latihan JBEES (012-7487188) Ust Hidayat Syafii.
====================
AHLI JBEES
YURAN 50
1- R. Hidayat Syafii - SGMT
2- Hazrulnizam Abu Bakar - JB
3- Muhammad Ekhwan Bin Kassebullah- KULAI
4- Mohamad amirudin bin mohd saipi - kulai
5-
6-
7-
8-
9-
10-
====================
BUKAN AHLI JBEES RM300 ( TERMASUK YURAN JBEES )
1-
2-
3-

UTM cari kaedah kenal pasti madu kelulut asli

1 comments

UTM cari kaedah kenal pasti madu kelulut asli

Raja Kamarulzaman (tiga, kanan) menerima sampel madu kelulut oleh Presiden JBees, Hazrulnizam (tiga, kiri).


NORSHIKIN MOHD SALLEH

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Fakulti Sains menjalankan penyelidikan bagi membuktikan secara saintifik khasiat madu kelulut sekali gus bertujuan melindungi pengguna daripada membeli produk tiruan yang terdapat di pasaran.
Ketua penyelidiknya, Dr Raja Kamarulzaman Raja Ibrahim berkata, bukti saintifik hasil daripada penyelidikan berkenaan juga dapat membantu industri madu kelulut kekal berdaya saing.
Menurutnya, penyelidikan itu juga dapat memastikan harga madu kelulut yang diketahui 10 kali ganda berkhasiat daripada madu biasa itu kekal stabil.
“Berdasarkan kajian mendapati 80 peratus madu yang dijual di pasaran adalah tiruan dan di campur dengan bahan lain seperti gula seperti sukrosa mahupun bahan yang biasanya digunakan sebagai pemanis kek.
“Madu yang mempunyai campuran gula sudah tentu mempunyai kesan terhadap kesihatan pengguna khususnya penghidap diabetes. Malah pengusaha madu kelulut asli juga terpaksa bersaing dengan produk tiruan di pasaran.
“Justeru, melalui penyelidikan secara sistem chemometric  ini iaitu melalui pengumpulan data ia dapat membantu mengenal pasti sama ada madu berkenaan adalah asli atau sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, walaupun khasiat madu kelulut yang mengandungi bakteria asid laktik dan enzim memberi pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia bagaimanapun ia belum dapat dibuktikan secara saintifik.
Raja Kamarulzaman berkata, dengan adanya bukti saintifik ini madu kelulut dapat bersaing di pasaran sebagaimana produk madu manuka dari Australia dan New Zealand.
Katanya, bagi membantu industri madu kelulut di negeri ini pihaknya juga menggunakan sampel yang dikumpulkan daripada pengusaha JBees di tiga daerah di negeri ini.
Majlis penyerahan 42 sampel madu kelulut JBees diwakili Presidennya Hazrulnizam Abu Bakar kepada Raja Kamarulzaman berlangsung di bilik mesyuarat Fakulti Sains UTM, semalam.

Madu Kelulut Palsu - Amaran Kepada Bangsa Johor

Jom! comments


MADU KELULUT PUTIH  bukan MADU KELULUT ASLI 

MADU ini adalah GULA PUTIH yang diadun dengan KAPUR makanan . 


ini kami namakan MADU KELUTUT .

ami masih tertunggu akan 35 jenis Kelulut didalam Malaysia Menghasilkan Madu Kelulut Putih ini ?

Dimana Asal Madu Kelutut Nie ?
Jenis Meliponie Yang Mana ?
Jenis Nectar Apa yang diambil ?

Kami pernah jumpa madu sari kelapa berwarna putih dari kantung.
Apabila kami tuai .... disimpan dalam botol .
Warna madu akan menjadi kekuningan cair .....

Rasa Nectar Sari Kelapa .

Tapi MADU YANG PENJUAL PASARAN JUAL .

Tiada bau kelapa ?
Tiada Rasa Masam Asal Kelulut ( Resin ) ?
Tiada Bau Pollen dalam madu ?

Kami pelik ....... MADU yang dijual akan tinggal warna KAPUR dibawah BOTOL ?




Sebar apa yang kami catatkan ini ...