Selamat Ulangtahun JBEES Pertama 2016

Jom! comments

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakahtuh .

Kepada  Pengusaha / Penternak Kelulut Johor ,



18 Oktober 2015 adalah tarikh penubuhan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor  (JBEES) dengan WADAH yang tekad diperkasa dengan penyatuan pengusaha kelulut melayu yang berada didalam negeri Johor .

4 Teras Asas Penubuhan JBEES diperkenalkan untuk meletakkan agenda JBEES sentiasa relevan kepada pengusaha kelulut melayu yang rata adalah menternak secara skala kecil di rumah-rumah dan di taman-taman perumahan dan ada yang mula membuka ladang skala sederhana apabila permintaan madu kelulut semakin meningkatkan .

Banyak lagi cabaran  kepada Usahawan JBEES perlu bersatu dan bersuara didalam NGO Kelulut Selatan ini .


+ Pengeluaran yang tidak mencapai tahap OPTIMUM kepada keluaran dalaman didalam negeri johor sendiri .

+ Pengusaha Kelulut Johor yang masih lagi menggunakan kaedah penternakan asas tanpa pendidikan lanjut . Kaedah & teknikal " Fast To Harvest System"

+ Pengusaha yang bersifat METERIALISTIK kepada keuntungan semata-mata sehingga membuat penipuan penjualan madu kelulut ASLI .

+ Pusat Rujukan Daerah ( PRD) JBEES yang tidak di gunakan untuk mengaktifkan situasi kelulut daerah .

+ Hak Patern Standard Madu Kelulut adalah dimiliki semua NGO - NGO yang berklobrasi bersama pihak agensi seperti Jabatan Standard Malaysia dan pihak MARDI sendiri .

+ Penguatkuasaan kepada penjual MADU TIRUAN  yang berlelusa menggunakan Trademark " MADU KELULU ASLI "


Apa pon kejayaan JBEES sehingga tahap ini mengikut kadar ukuran jangkaan AJK PUSAT JBEES .

+ Menjalankan Kursus Asas Penternakan Kelulut Di Setiap Daerah didalam Johor .

- Daerah Muar  ( Selesai )
- Daerah Segamat ( Selesai )
- Daerah Batu Pahat ( selesai )
- Daerah Kulai (Selesai )
- Daerah Pontian ( selesai )
- Daerah Mersing  ( 29 Okt 2016 )
- Daerah Johor Bahru  ( akan datang )

Masih ada daerah yang kamibelum membuat kursus dan penerangan penternakan kelulut di Johor ini.

Bagi mempertingkatkan kefahaman dan kemantapan pengurusan penternakan  kelulut di johor .
2 Kursus Pertengahan telah dianjurkan Bersama UTHM

- Kursus Pembiakan koloni kaedah Pak Long Mie
- Kursus Pengenalan ID Kelulut & ISU BSF

Kadar ukuran ini masih baru bagi JBEES kerana masih belum memenuhi akan intipati maklumat yang WAJIB diperolehi daripada AHLI JBEES dan Pengusaha Kelulut Johor .

+ Jumlah Data Koloni Daerah .
+ Jumlah Pengeluaran Madu Setiap Pengusaha /Daerah
+ Isu - Isu Penternakan yang menarik perhatian dan tindakan .
+ Isu Harga pengusaha dan pemborong di peringkat bawahan .

Saya berharap JBEES akan terus Relevan akan tahun kedua didalam pemantapan " ILMU & PENGURUSAN LADANG TERNAKAN KELULUT " didalam negeri johor ini .


Hazrulnizam Abu Bakar
Presiden JBEES 2016/2017

"MUAFAKAT KELULUT JOHOR "

KURSUS ASAS PENTERNAKAN KELULUT JBEES SIRI 7/2016 PRD MERSING

1 comments


🍯 Kursus Penternakan Lebah Kelulut ( ASAS )
 29 OKTOBER 2016 (Sabtu).
🕗 8 Pagi - 5 ptg.
🏠 Dewan JKKR Felda Tenggaroh 2 , Mersing
💰 Bayaran: RM 150 ( Bukan AHLI JBEES )
Bayaran RM 50 ( Ahli JBEES )
( Kos pengurusan & Kos Pengurusan Log )
 Hubungi :
Tuan Isman - PRD Mersing +60 13-760 0053
Tuan Kamarul - Pegawai Khas JBEES +60 11-130 525 77
📋 Sijil penyertaan disediakan. JBEES
🏢 KERJASAMA AGROVILLE TENGAROH 2
LADANG KELULUT DARUL HUFFAZ TENGGAROH 6
🍽🍴 Makan minum disediakan.
Kelebihan bersama KURSUS ASAS KELULUT JBEES :
+ Support Group Alumni JBEES
+ Directory Pengusaha Kelulut Johor
+ Penjual Log / Topping yang diyakini JBEES
+ Perkongsian Penternakan dari Pengusaha Tegar JBEES
+ 7 Module Lengkap & Teratur JBEES ( Asas )
Mengapa anda perlu sertai KURSUS ASAS ini ...
100% Module Penternakan Kelulut Johor (JBEES) & Pengusaha yang berpengalaman dialam Johor .
Pendaftaran :
Hubungi :
Tuan Isman - PRD Mersing +60 13-760 0053
Tuan Kamarul - Pegawai Khas JBEES +60 11-130 525 77
Bank in Deposit RM 100 sebagai KEHADIRAN ANDA di sana .
Pembayaran kepada 2 Pegawai JBEES sahaja yang dilantik oleh kami .

Dr Suri Roowi bersama JBEES untuk pengumpulan Sample Madu Kelulut di Johor

Jom! comments


Assalamualaikum 5 Okt 2016 .

Seminar Madu Kelulut Sebagai SuperFOOD Malaysia .

Siri jelajah Dr Suri Roowi Di Johor telah selesai dengan jayanya . 30 Sample dari pengusaha kelulut Johor yang memberi kerjasama yang baik .

Penutupan siri jelajah kelulut Dr Suri Roowi di buat di UTM Johor dengan penerangan dan sesi soal jawab  " PENJENAMAAN MADU KELULUT " " STANDARD MADU KELULUT " " SUPERFOOD MADU KELULUT" dan perkongsian kajian Dr Suri mengenai khasiat-khasiat madu kelulut di Malaysia .



MAJLIS RINGKAS PENYERAHAN MADU KELULUT SAMPLE JOHOR 




SIRI JELAJAH DR SURI ROOWI DI JOHOR . 


SIRI CERAMAH "MADU KELULUT SEBAGAI SUPERFOOD "


SIDANG MEDIA AKHBAR SINAR HARIAN DR SURI ROOWI , PRESIDEN JBEES 
DAN PUSAT KOKURIKULUM UTM JOHOR