Selamat Ulangtahun JBEES Pertama 2016

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakahtuh .

Kepada  Pengusaha / Penternak Kelulut Johor ,



18 Oktober 2015 adalah tarikh penubuhan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor  (JBEES) dengan WADAH yang tekad diperkasa dengan penyatuan pengusaha kelulut melayu yang berada didalam negeri Johor .

4 Teras Asas Penubuhan JBEES diperkenalkan untuk meletakkan agenda JBEES sentiasa relevan kepada pengusaha kelulut melayu yang rata adalah menternak secara skala kecil di rumah-rumah dan di taman-taman perumahan dan ada yang mula membuka ladang skala sederhana apabila permintaan madu kelulut semakin meningkatkan .

Banyak lagi cabaran  kepada Usahawan JBEES perlu bersatu dan bersuara didalam NGO Kelulut Selatan ini .


+ Pengeluaran yang tidak mencapai tahap OPTIMUM kepada keluaran dalaman didalam negeri johor sendiri .

+ Pengusaha Kelulut Johor yang masih lagi menggunakan kaedah penternakan asas tanpa pendidikan lanjut . Kaedah & teknikal " Fast To Harvest System"

+ Pengusaha yang bersifat METERIALISTIK kepada keuntungan semata-mata sehingga membuat penipuan penjualan madu kelulut ASLI .

+ Pusat Rujukan Daerah ( PRD) JBEES yang tidak di gunakan untuk mengaktifkan situasi kelulut daerah .

+ Hak Patern Standard Madu Kelulut adalah dimiliki semua NGO - NGO yang berklobrasi bersama pihak agensi seperti Jabatan Standard Malaysia dan pihak MARDI sendiri .

+ Penguatkuasaan kepada penjual MADU TIRUAN  yang berlelusa menggunakan Trademark " MADU KELULU ASLI "


Apa pon kejayaan JBEES sehingga tahap ini mengikut kadar ukuran jangkaan AJK PUSAT JBEES .

+ Menjalankan Kursus Asas Penternakan Kelulut Di Setiap Daerah didalam Johor .

- Daerah Muar  ( Selesai )
- Daerah Segamat ( Selesai )
- Daerah Batu Pahat ( selesai )
- Daerah Kulai (Selesai )
- Daerah Pontian ( selesai )
- Daerah Mersing  ( 29 Okt 2016 )
- Daerah Johor Bahru  ( akan datang )

Masih ada daerah yang kamibelum membuat kursus dan penerangan penternakan kelulut di Johor ini.

Bagi mempertingkatkan kefahaman dan kemantapan pengurusan penternakan  kelulut di johor .
2 Kursus Pertengahan telah dianjurkan Bersama UTHM

- Kursus Pembiakan koloni kaedah Pak Long Mie
- Kursus Pengenalan ID Kelulut & ISU BSF

Kadar ukuran ini masih baru bagi JBEES kerana masih belum memenuhi akan intipati maklumat yang WAJIB diperolehi daripada AHLI JBEES dan Pengusaha Kelulut Johor .

+ Jumlah Data Koloni Daerah .
+ Jumlah Pengeluaran Madu Setiap Pengusaha /Daerah
+ Isu - Isu Penternakan yang menarik perhatian dan tindakan .
+ Isu Harga pengusaha dan pemborong di peringkat bawahan .

Saya berharap JBEES akan terus Relevan akan tahun kedua didalam pemantapan " ILMU & PENGURUSAN LADANG TERNAKAN KELULUT " didalam negeri johor ini .


Hazrulnizam Abu Bakar
Presiden JBEES 2016/2017

"MUAFAKAT KELULUT JOHOR "
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment