Pengumpulan Data Pengusaha Lebah Kelulut Negeri Johor

Bismillahirrahmannirahim

Sidang Pengerusi Badan Penaja JBEES .


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Pengusaha Lebah Kelulut Johor .

Saya ingin pengusaha lebah kelulut yang berada di negeri Johor Darul Ta;zim  bersama-sama dalam membina komuniti usahawan dan pengusaha lebah kelulut supaya menjadi lebih berstruktur dengan maklumat yang mantap dan teratur .

Objektif  Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor ( JBEES ) ditubuhkan :-

1. Menyatukan Pengusaha dan Usahawan Lebah Kelulut disetiap daerah didalam Negeri Johor Darul Ta'zim didalam 1 Komuniti yang berdaya saing dan maju .

2. Membina jaringan perkongsian dan pengurusan ladang ternakan secara konsisten dan teratur .

3. Membantu pengusaha dan usahawan dalam memajukan industri Penternakan Lebah Kelulut berwawasan dan komited di masa depan .

4. Membangunkan Pengusaha dan usahawan Lebah Kelulut mencapai standard antarabangsa

5. Meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia dan khusus warga johor mengenai kelebihan lebah kelulut.

6. Meningkatkan pengeluaran madu kelulut didalam Negeri Johor Darul Ta'zim secara konsisten .

7 . Membantu pengusaha dan usahawan mendapat bantuan geran dan sumber kewangan dari agensi berkenaan.

8 . Membantu Pengusaha dan Usahawan Lebah Kelulut Negeri Johor Darul Ta;zim mendapat pengiktirafan sewajarnya bermula dari pusat ternakan sehingga ke pemasaran antarabangsa .

9. Membantu Pengusaha & Usahawan Lebah Kelulut menjana pendapatan yang maksima pada masa depan.

10. Membantu Pengusaha dan Usahawan mendapat kerjsama dan jalinan erat bersama pihak Universiti atau penyelidik tempatan atau luar negara .


Berkomuniti  Kerana ALLAH
Hazrulnizam Abu Bakar
Pengerusi Badan Penaja JBEES


http://johobees.blogspot.my/p/daftar-jbees.html

Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment